-->

Teman Menggantungkan Diri!!! (Kisah Seram)

Nampak "Teman" Menggantungkan Diri!!! (Kisah Seram) 

Saya Elly, 23 tahun, nak berkongsi kisah yang pernah saya alami beberapa tahun yang lepas, semasa zaman sekolah menengah. Di zaman sekolah menengah dulu, saya masuk kegiatan luar darjah Tarian Melayu. Saya memang gemar menari. Pada satu hari, di sekolah saya ada acara majlis perpisahan untuk mantan pengetua kami. Selepas acara itu, guru tari saya dah merancang nak buat acara temasya dan bermalam sambil berbarbeku di sekolah, sebagai penghargaan yang kami telah membuat yang terbaik untuk acara itu. Dan itu juga kali pertama, guru tari saya cadang untuk mengadakan aktiviti di waktu malam dan bermalam di sekolah.

Pada malam tersebut, selepas kami semua penat dan seronok bermain pelbagai jenis permainan dengan penari2 lain, kami pun berbarbeku dan makan malam. Beberapa ketika kemudian, saya mula rasa nak ke tandas nak buang hajat kecil. Saya memang pada masa itu, tak terfikir apa2, lalu saya terus ke tandas seorang diri. Kawan2 saya semua tengah makan, mungkin mereka memang dah lapar sangat. Kebetulan tandas itu berdekatan dengan bilik stor lama tarian. Bilik itu dulu tempat untuk menyimpan barang2 / perkakas tarian. Dah lama tidak digunakan. Saya pun pergi bergegas ke tandas sebab memang dah tak tahan nak terkucil.

Pada masa itu, memang tidak ada apa2 yang berlaku. Saya pun tak terfikir apa2. Lepas saya keluar dari tandas, saya nampak kawan saya, Aishah (bukan nama sebenar), masuk ke bilik stor lama itu. Saya pun menjadi hairan, "Apa dia buat kat stor lama tu?" Jadi saya pun pergilah ke bilik stor itu. Saja nak tengok apa kawan saya buat di bilik yang dah tak digunakan itu.

Bila saya sampai di pintu stor, saya dapati pintu itu terkunci. Saya mula hairan kenapa pintu ini terkunci. Bukankah tadi Aishah masuk ke dalam? Kenapa dia kunci pintu ni? Saya ketuk pintu tu, cuba memanggil Aishah. "Sha! Sha! Kau kat dalam ke? Kanapa kau kunci pintu? Kau buat apa?" Tiada jawapan. Senyap saja... Saya mula rasa curiga. Saya ketuk2 pintu dengan kuat. Tiba2 saya terdengar tangisan seorang wanita. "Sha! Kau ok ke? Kenapa kau nangis?" Saya ketuk2 pintu itu. Suara tangisan masih kedengaran. Saya takut kalau2 kawan saya itu akan buat benda yang bukan2.

Saya lari ke belakang stor itu, nak cuba ketuk tingkap kecil yang ada di belakang stor itu. Terus terang, saya pada masa itu memang tak fikir apa2, saya cuma ingat nak selamatkan kawan saya. Saya cuba pecahkan tingkap stor tu dengan batu-bata yang ada di tepi tembok. Lepas tingkap itu dipecahkan, saya cuba tengok2 ke dalam dan memanggil nama kawan saya. "Sha! Sha! Kau buat apa tu? Kau jangan buat benda yang bukan2! Sha!" Tiba2, bulu roma saya meremang! Tak tahu kenapa. Bila saya cuba lihat di tepi stor yang penuh dengan barang2 yang tak digunakan lagi, saya terperanjat dengan apa yang saya nampak!

Saya nampak seorang wanita seperti tergantung, seperti dia bunuh dirinya sendiri dengan tali gantung. Tangannya pula berlumuran darah. Saya terkejut sangat2, dan saya sangkakan, itu kawan saya Aishah. "Ya Allah!!! Sha!!!!" saya jerit. Kenapa dia bunuh diri??? Saya tertanya2. Keadaan dah menjadi cemas. Saya terus lari ke tempat barbeku di mana semua orang berada di situ, untuk memberitahu pada guru tari tentang Aishah. Waktu saya lari, entah macamana, kaki saya terseliuh, dan saya terjatuh dengan kuat.

Kawan saya ternampak saya terjatuh dan dia dan beberapa kawan saya yang lain, lari ke arah saya untuk menolong saya. Apabila saya dongak, kawan yang menolong saya itu adalah Aishah! Saya terkejut sangat. "Elly! Kenapa dengan kau ni? Macamana boleh terjatuh?" Dia tanyakan kepada saya. Hati saya berdegup dengan cepat. Kalau betul ini Aishah, siapa wanita yang saya nampak dalam bilik stor tadi? Siapa yang bunuh diri tadi? Entah macamana, saya pengsan. Bila saya sedar, saya berada di hospital. Ibu saya kata, saya pengsan di sekolah dan tulang pergelangan kaki saya patah, dan saya juga mengalami demam panas selama tiga hari.

Dua minggu saya tidak ke sekolah. Sampai sekarang, tiada seorang pun yang tahu perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Saya tidak ceritakan kepada sesiapa. Entah kenapa berat sangat mulut saya hendak menceritakannya. Oleh kerana kaki saya yang cedera, saya tidak boleh menari lagi. Saya tidak boleh lagi terlalu aktif kerana kaki saya kelihatan seperti orang cacat. Bahagian kaki saya di bawah buku lali, nampak seperti terbengkok sedikit. Itulah kisah saya..


Sumber
LihatTutupKomentar